support me

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

FileServe

Wednesday, July 15, 2009

LeLaKi

BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami.


BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami.

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.

  • Sifat lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


  • Bahasa lelaki adalah berlainan

    Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

    Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

  • Lelaki suka membisu

    Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

  • Lelaki tidak kompleks

    Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

    Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

  • Lelaki berahsia dengan lelaki lain

    Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

  • Lelaki pentingkan kejujuran

    Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

  • Lelaki tidak suka dikritik

    Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.

    Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.

    Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

    Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

  • Lelaki juga mahukan sokongan

    Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ... ."

  • Sahabat yang paling baik

    Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

  • Lelaki mesra tanpa emosi

    Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

    Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.

    Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

    Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.

    Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

    Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.
  • Tuesday, July 14, 2009

    'Bingkisan Doa.'



    Ya Allah... . Seandainya telah engkau catatkan... Dia
    milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku...
    Titipkanlah kebahagian antara kami... . agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

    Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan
    miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... . Luputkanlah ia dari
    ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan... .

    Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... . Berikanlah aku
    kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

    Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... .
    Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

    Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
    Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... . kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

    Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

    Friday, July 10, 2009

    Panduan

    BIASANYA, kebanyakan lelaki sanggup berbuat apa saja untuk menambat hati wanita pujaannya.

    Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju. Kata mereka, tidak perlu menunjuk-nunjuk atau bersikap 'pipi tersorong-sorong' untuk menyatakan anda begitu bernilai untuknya.

    Sebenarnya, wanita tidak mengharapkan anda melakarkan nama mereka di langit biru atau menempah iklan untuk menyatakan anda sukakan dirinya.

    Lelaki hanya perlu melakukan beberapa perkara yang menggembirakan hati wanita. Untuk menawan hati mereka, lelaki tidak perlu mengada-ngada, sebaliknya, bertindaklah seadanya.

    Mungkin petua berikut mampu membantu anda menjadi lelaki sempurna di sisi si dia yang sentiasa menyanjungi anda.

    · Menepati janji

    Jangan membuatkan wanita yang ingin keluar bersama anda rasa bosan disebabkan masalah kecil. Cuba elak daripada menyakiti hati wanita kerana anda tidak mematuhi janji.

    Jika anda biarkan dia tertunggu-tunggu, ini akan menjejaskan suasana pertemuan untuk keluar bersama.

    · Jadilah lelaki yang penuh santun

    Sebaik saja anda sampai di rumahnya, tunjukkan tingkah laku sopan. Elak menunggu dalam kereta dan membunyikan hon kereta sebagai tanda anda sudah sampai.

    Sebaliknya, jemputlah dia di pintu rumah. Jika dia tinggal bersama keluarga, masuk ke dalam rumah dan berjalan beriringan ke kereta.

    Tunjukkan anda menghargainya dan amalkan sikap 'perempuan dulu'. Jangan lupa, ucapkan kata pujian mengenai penampilannya.

    Ketika bersama wanita, perlu pandai menjaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya terhadap anda. Perkara kecil ini mungkin nampak remeh dan sering dilupakan, tetapi yang pasti, wanita amat mengambil berat mengenainya.

    · Tayangkan minda anda dan elakkan kesilapan bodoh.

    Perkara paling penting ketika bertemu janji dan bercinta adalah mengenal atau membaca pemikiran seseorang (iaitu anda dan si dia). Pastikan anda bebas menayangkan diri anda, khususnya pemikiran anda.

    Biasanya wanita mendefinisikan watak dan kewibawaan seseorang melalui bentuk pemikiran.

    Antara caranya adalah mengajaknya berbual mengenai topik yang memberangsangkan. Tunjukkan anda mempunyai sifat kelakar dan boleh bercakap apa saja tajuk serta memiliki pendapat yang menarik dan boleh dipakai.

    Paling penting, dia akan menganggap anda seorang berkarisma dan tidak pentingkan diri.

    Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu perkara, cuba buka topik lain supaya tidak berlaku kesilapan bodoh. Wanita tidak suka masa 'janji temu' tidak dimanfaatkan sebaiknya. Awas jika anda membuat jenaka, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri.

    · Bertemu keluarga

    Lelaki berani harus bersua muka dengan keluarganya. Jika anda sudah berjaya memikat hati seorang wanita, anda harus pandai memikat hati keluarganya. Jika anda boleh memikat hati keluarganya, pasti hubungan anda berdua akan mendapat restu dan ini akan memudahkan anda.

    Untuk mendapat markah lulus, perlu ingat dua perkara iaitu pikat bapanya dengan kepandaian anda serta pikat emaknya dengan penampilan dan kesantunan.

    Ini bermakna anda perlu bersembang dengan penuh bijak bersama ayahnya, seperti berbual apa saja daripada hal politik kepada hobi berkebun untuk menunjukkan anda ada 'otak' dan pujilah masakan emaknya.

    · Tunjukkan kemampuan

    Ramai lelaki menganggap cara untuk memenangi hati wanita adalah melalui wang. Malangnya, wanita tidak menilai lelaki berdasarkan saiz dompet mereka (Jika ada wanita sedemikian, anda patut elak mendampingi mereka).

    Sungguhpun niat hati untuk melayannya bagaikan puteri, harus tanya diri sendiri, mampukah anda? Untuk yang tidak mampu, tidak perlu

    berbelanja di luar kemampuan.

    · Perkara pokok

    Perkara pokok dalam perhubungan - jujur, ringkas dan ikhlas. Jika anda memiliki ketiga-tiga ciri ini tanpa perlu berlakon dan berpura-pura, dia pasti akan jatuh cinta. Perlu diingat, jika anda mahu menawan hati perempuan, pastikan anda tidak mengada-ngada.

    Monday, July 6, 2009

    Ermmmmm

    Buah durian..

    dah lama tak ku merasai mu

    akhirnya telah tiba musim kau gugur

    dan akan ku makan isi mu.

    tunggulah kau wahai durian.

    ayahku akan menghantar mu ke KL ni untuk ku mamah isi mu

    tak sabar rasanya... esok @ lusa @ tulat akan ku dapat juga akhirnya.

    hehehehehehe Ujung blan nak balik kampung la nak merasa macam2 jenis durian di setiap

    pokok.

    dan untuk peminat buah salak di opis ni. kalo ada untuk kalian adalah. if tak wait sy balik

    kampung dulu hehehehehehehehee.

    terkini... kompom ahad ni buah durian sampai. heheheheehehehe

    Pening Ker?

    Betul kah Aku


    Sering ku mendengar orang berkata.

    ku begitu,

    ku begini. Tetapi adakah orang itu tahu yang mana diriku sebenarnya.

    adakah mereka itu tahu apa kemahuan ku? adakah mereka itu tahu aku gembira @ duka?

    Adakah mereka tahu? ku rasa tidak.

    hehehe. adakah aku akan menjadi seperti orang lain yang tewas?. ku rasa sudah begitu

    hampir kecundang. Tetapi ku masih lagi cuba bertahan untuk beberapa bulan lagi. Setiap

    perkara ku tempuhi. ku amati setiapnya. Begitu indah kehidupan sekiranya ku selami. ada

    gembira. ada duka, ada kecewa, ada ketenangan.

    Yang pastinya. aku tetap aku. Tiada siapa yang tahu apa yang ku mahu.