support me

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

FileServe

Tuesday, December 22, 2009

paintball 2

www.google.com




main ni baru tak boleh cheat cam main counter strike

Monday, December 7, 2009

Pain ball

Buat pertama kali bermain permainan paintball.


Baru pertama kali main dah kena 4 das.

main hari sabtu, sampai sekarang tak ilang lagi lebam dan love bite. dah la kena headshot.

dah timbul tanduk sebelah. for next time play. jaga korang

Monday, November 2, 2009

Lawatan


Akhirnya dapat juga keluar dari ofis gi jalan-jalan.

Yang mana 1 adalah saya?... hehehehehehe

Lawatan ini dapat menambahkan lagi pengalaman tentang perkara yang sepatutnya. sebelum ni dok tengok atas kertas jerk. ni dapat tengok aper yang berlaku. So sikit sebanyak tahu la sebagai mana di lukisan dan sebagaimana yang sebenarnya. hehehehehehe

lawatan pada 28/11/2009 - 29/11/2009

Thursday, October 22, 2009

hati

BUKAN mudah melupakan si dia yang pernah bertakhta di hati, bukan senang juga hendak mendapatkan kembali bekas kekasih itu.

Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki dua perkara yang amat berbeza. Kebanyakan wanita membuat langkah awal yang salah apabila hendak mengambil semula hati si dia.

Berikut antara panduan jika anda berhasrat menjalin semula hubungan yang sudah terputus. Siapa tahu, dia kini mungkin sedang memburu cinta baru dan masih menyimpan rasa yang sama dengan anda.

Silap haribulan, dia akan bertakhta semula dan anda mungkin pasangan secocok serta paling bahagia.



# Jangan bergaduh dengan si dia. Lazimnya, bercerita dengan bekas kekasih pasti hanya diakhiri dengan pergaduhan.

Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan. Bergaduh dengan bekas kekasih sangat tidak berguna. Walaupun anda menang apabila bergaduh mulut, ketika keputusan perpisahan diambil, anda tetap ditinggalkannya.

# Jangan cuba menggunakan logik untuk meyakinkan dia meneruskan perhubungan atau kembali kepada anda. Ingat, cinta itu berlandaskan perasaan bukan logik. Bagaimana benar, teguh, meyakinkan, bijak dan segalanya, anda tetap juga kena tinggal.

# Jangan yakinkan atau cuba meyakinkan si dia anda sudah berubah atau 'mulai sekarang... keadaan pasti berubah' kerana perkara seumpama itu seolah-olah timba keluar daripada perahu bocor. Pasti anda akan gagal juga.

# Jangan asyik menyatakan anda cintakan dia. Dia mungkin tidak peduli itu semua. Apa yang pasti, dia hanya ingin tahu sedalam mana cintanya pada anda, bukannya sedalam mana cinta anda pada dirinya.

# Jangan merayu. Hampir 98 peratus perempuan akan merayu supaya bekas kekasih kembali kepadanya. Lebih banyak anda merayu, lebih jauh anda ditinggalkannya.

# Jangan cuba membuat dia rasa bersalah apabila meninggalkan anda. Sebagai contoh, "Saya tak boleh hidup tanpa awak..." atau "Jangan tinggalkan saya sekarang sebab peperiksaan sudah dekat...". Cubaan dan ayat sedemikian tidak akan berjaya merebut cintanya semula.

# Jangan berlakon sedih supaya dia rasa bersalah. Simpati dan kasihan tidak sama dengan 'tertarik' dan 'keinginan' untuk kembali kepada anda.

# Jangan bercakap dengan rakannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan. Walaupun anda mendapat sokongan dan si dia kembali kepada anda selepas membuat beberapa perancangan, selalunya ia tidak kekal lama. Untuk kembali ke pangkuan anda, ia harus dilakukan atas keinginan hatinya yang ikhlas tanpa dipengaruhi faktor luaran.

# Jangan menangis di hadapannya. Mungkin dia akan memujuk supaya berhenti menangis dan selepas itu, anda tetap juga kena tinggal sedangkan dia berpasangan dengan orang lain. Menangis terlalu banyak di hadapannya atau bercucuran air mata ketika menyahut panggilan telefonnya, menunjukkan betapa dia berkuasa ke atas anda. Oleh itu, jangan sesekali menangis di hadapannya.

# Jangan desak dirinya supaya kembali kepada anda. Semakin anda mendesak, anda sebenarnya semakin menolak dirinya terus jauh daripada anda.

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Umat Islam. MAAF Zahir dan BATIN. Semoga Aidilfitri ini membawa seribu makna buat Semua.

Induksi di merang beach resort



Ini gambar-gambar masa induksi. lawa tak pakaian kitorang. masa ni kena buat pakaian tema aper-aper menggunakan kertas surat khabar lama... ini sumer idea ahli kumpulan la. kitorang berdua jadi mangsa kena jadi model. maklum la masa tu ketua kena jadi model. so terpaksa la. hehehe




dapat ke cik adik ni leraikan tali tu?... hehehehe masa ni kumpulan todak telah mendahului berjaya meleraikan tali yang tersimpul tu dengan kerjasama erat ahli kumpulan.. opsss 2 org ni bkan ahli kumpulan sy. ni rakan 1 opis daaaa











masa ni kena wat pembentangan. sy bukannya ble dok depan camni. naik darah gemuruh. aper nak bentangkan jadi lain. masa induksi ni la ada dapat lagi nama gelaran baru. hehehehehe aper dia yek. hehehe biarlah rahsia.

Anime Menarik


Ada sesiapa membuat koleksi anime ini tak?. Seronok melayan cerita anime ni. cerita mengisahkan seorang budak getah yang ingin menjadi Raja lanun. bermacam macam pengembaraan dilalui. yang paling menarik adalah gelagat setiap ahli kumpulan. walaupun berbeza karektor dan tujuan tetapi mereka bersatu dalam melalui suka duka susah senang pengembaraan. Banyak juga yang boleh dijadikan iktibar. hehehehe. cam budak2 layan katun. sekarang sudah sampai ke episod 4++ dan masih 'Ongoing'. masih ada lagi anime yg dikumpul untuk tontonan di masa serabut, sunyi dan kebosanan.

Friday, September 4, 2009

Sambutan Hari Raya?

Hari raya dah dekat. macammana dengan persiapan? mesti ramai yang tengah bershopping sekarang ni. Tahun ni tak berjalan gi shopping pun. tak tau aper nak dibeli. lagi pun dah tak menarik nak gi... tak der penyeri. iskh isk isk..

Thursday, September 3, 2009

Puasa

Ermmm aper la nasib puasa tahun ini. ni dah 3 ari jerk prut dok memulas jerk.... tah aper dok makan. rasanya makanan dah ok. entah la. tetapi ai tetap tak ponteng lagi. hehehehehe

Monday, August 10, 2009

Elak perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
dengan

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.



Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Wednesday, July 15, 2009

LeLaKi

BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami.


BUKAN hanya wanita makhluk yang kompleks dan sukar difahami, begitu juga lelaki kerana sifatnya yang sukar ditelah. Biarpun lelaki menyatakan yang mereka tidak demikian, hakikatnya kebanyakan mereka amat sukar difahami.

Berbeza dengan sifat wanita yang mudah menyatakan sesuatu yang dirasai atau apa disukai, sifat lelaki semakin sukar difahami jika orang yang paling hampir dengannya tidak cuba memahami biologi dan sikap sebenar mereka.

Bagi memahami golongan Adam ini dengan lebih mendalam, cuba baca petua berikut untuk lebih memahami dan mengenali mereka.

  • Sifat lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita.

Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham tetapi mereka lebih suka jika ia dijelaskan dengan bahasa yang mudah serta berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.


  • Bahasa lelaki adalah berlainan

    Lelaki bercakap dengan bahasa berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkannya.

    Ini bukan bererti dia berbohong namun lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki daripada apa yang dilakukannya berbanding daripada apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

  • Lelaki suka membisu

    Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikannya serta membisu.

  • Lelaki tidak kompleks

    Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jimak secara kerap dengannya, wanita harus percaya itulah yang lelaki mahukan.

    Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

  • Lelaki berahsia dengan lelaki lain

    Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah bercakap dengan wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia serta peribadi, sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

  • Lelaki pentingkan kejujuran

    Jika lelaki tahu isterinya suka bercerita pada wanita lain mengenai dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia rumah tangga.

  • Lelaki tidak suka dikritik

    Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.

    Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrontasi serta-merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara itu disampaikan kepadanya.

    Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan mereka jarang melakukannya.

    Apabila lelaki mahu mengkritik, mereka memilih masa dan keadaan dengan teliti. Ketika menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

  • Lelaki juga mahukan sokongan

    Ketika berdepan masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang ... ."

  • Sahabat yang paling baik

    Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

  • Lelaki mesra tanpa emosi

    Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi serta mengasihi sebagai balasan. Kemesraan emosi dan bersatunya jiwa bukan hanya jasad tetapi cara lahirnya kasih sayang. Ia bukan satu proses saja tetapi membabitkan hal yang tidak terungkai dan agak magis.

    Setiap manusia bergantung kepada kemesraan emosi untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Lelaki berbeza daripada wanita dari segi kebolehan lelaki untuk bermesra secara seksual tanpa kemesraan emosi.

    Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki.

    Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita.

    Lelaki lazimnya lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri.

    Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan intim tetapi tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan oleh lelaki sehingga boleh menyebabkan punca konflik semula jadi antara lelaki dan wanita.
  • Tuesday, July 14, 2009

    'Bingkisan Doa.'



    Ya Allah... . Seandainya telah engkau catatkan... Dia
    milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku...
    Titipkanlah kebahagian antara kami... . agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

    Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan... . dia bukan
    miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku... . Luputkanlah ia dari
    ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan... .

    Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti... . Berikanlah aku
    kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

    Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang... .
    Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

    Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
    Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku... . kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

    Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

    Friday, July 10, 2009

    Panduan

    BIASANYA, kebanyakan lelaki sanggup berbuat apa saja untuk menambat hati wanita pujaannya.

    Bagaimanapun, ada yang tidak bersetuju. Kata mereka, tidak perlu menunjuk-nunjuk atau bersikap 'pipi tersorong-sorong' untuk menyatakan anda begitu bernilai untuknya.

    Sebenarnya, wanita tidak mengharapkan anda melakarkan nama mereka di langit biru atau menempah iklan untuk menyatakan anda sukakan dirinya.

    Lelaki hanya perlu melakukan beberapa perkara yang menggembirakan hati wanita. Untuk menawan hati mereka, lelaki tidak perlu mengada-ngada, sebaliknya, bertindaklah seadanya.

    Mungkin petua berikut mampu membantu anda menjadi lelaki sempurna di sisi si dia yang sentiasa menyanjungi anda.

    · Menepati janji

    Jangan membuatkan wanita yang ingin keluar bersama anda rasa bosan disebabkan masalah kecil. Cuba elak daripada menyakiti hati wanita kerana anda tidak mematuhi janji.

    Jika anda biarkan dia tertunggu-tunggu, ini akan menjejaskan suasana pertemuan untuk keluar bersama.

    · Jadilah lelaki yang penuh santun

    Sebaik saja anda sampai di rumahnya, tunjukkan tingkah laku sopan. Elak menunggu dalam kereta dan membunyikan hon kereta sebagai tanda anda sudah sampai.

    Sebaliknya, jemputlah dia di pintu rumah. Jika dia tinggal bersama keluarga, masuk ke dalam rumah dan berjalan beriringan ke kereta.

    Tunjukkan anda menghargainya dan amalkan sikap 'perempuan dulu'. Jangan lupa, ucapkan kata pujian mengenai penampilannya.

    Ketika bersama wanita, perlu pandai menjaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya terhadap anda. Perkara kecil ini mungkin nampak remeh dan sering dilupakan, tetapi yang pasti, wanita amat mengambil berat mengenainya.

    · Tayangkan minda anda dan elakkan kesilapan bodoh.

    Perkara paling penting ketika bertemu janji dan bercinta adalah mengenal atau membaca pemikiran seseorang (iaitu anda dan si dia). Pastikan anda bebas menayangkan diri anda, khususnya pemikiran anda.

    Biasanya wanita mendefinisikan watak dan kewibawaan seseorang melalui bentuk pemikiran.

    Antara caranya adalah mengajaknya berbual mengenai topik yang memberangsangkan. Tunjukkan anda mempunyai sifat kelakar dan boleh bercakap apa saja tajuk serta memiliki pendapat yang menarik dan boleh dipakai.

    Paling penting, dia akan menganggap anda seorang berkarisma dan tidak pentingkan diri.

    Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu perkara, cuba buka topik lain supaya tidak berlaku kesilapan bodoh. Wanita tidak suka masa 'janji temu' tidak dimanfaatkan sebaiknya. Awas jika anda membuat jenaka, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri.

    · Bertemu keluarga

    Lelaki berani harus bersua muka dengan keluarganya. Jika anda sudah berjaya memikat hati seorang wanita, anda harus pandai memikat hati keluarganya. Jika anda boleh memikat hati keluarganya, pasti hubungan anda berdua akan mendapat restu dan ini akan memudahkan anda.

    Untuk mendapat markah lulus, perlu ingat dua perkara iaitu pikat bapanya dengan kepandaian anda serta pikat emaknya dengan penampilan dan kesantunan.

    Ini bermakna anda perlu bersembang dengan penuh bijak bersama ayahnya, seperti berbual apa saja daripada hal politik kepada hobi berkebun untuk menunjukkan anda ada 'otak' dan pujilah masakan emaknya.

    · Tunjukkan kemampuan

    Ramai lelaki menganggap cara untuk memenangi hati wanita adalah melalui wang. Malangnya, wanita tidak menilai lelaki berdasarkan saiz dompet mereka (Jika ada wanita sedemikian, anda patut elak mendampingi mereka).

    Sungguhpun niat hati untuk melayannya bagaikan puteri, harus tanya diri sendiri, mampukah anda? Untuk yang tidak mampu, tidak perlu

    berbelanja di luar kemampuan.

    · Perkara pokok

    Perkara pokok dalam perhubungan - jujur, ringkas dan ikhlas. Jika anda memiliki ketiga-tiga ciri ini tanpa perlu berlakon dan berpura-pura, dia pasti akan jatuh cinta. Perlu diingat, jika anda mahu menawan hati perempuan, pastikan anda tidak mengada-ngada.

    Monday, July 6, 2009

    Ermmmmm

    Buah durian..

    dah lama tak ku merasai mu

    akhirnya telah tiba musim kau gugur

    dan akan ku makan isi mu.

    tunggulah kau wahai durian.

    ayahku akan menghantar mu ke KL ni untuk ku mamah isi mu

    tak sabar rasanya... esok @ lusa @ tulat akan ku dapat juga akhirnya.

    hehehehehehe Ujung blan nak balik kampung la nak merasa macam2 jenis durian di setiap

    pokok.

    dan untuk peminat buah salak di opis ni. kalo ada untuk kalian adalah. if tak wait sy balik

    kampung dulu hehehehehehehehee.

    terkini... kompom ahad ni buah durian sampai. heheheheehehehe

    Pening Ker?

    Betul kah Aku


    Sering ku mendengar orang berkata.

    ku begitu,

    ku begini. Tetapi adakah orang itu tahu yang mana diriku sebenarnya.

    adakah mereka itu tahu apa kemahuan ku? adakah mereka itu tahu aku gembira @ duka?

    Adakah mereka tahu? ku rasa tidak.

    hehehe. adakah aku akan menjadi seperti orang lain yang tewas?. ku rasa sudah begitu

    hampir kecundang. Tetapi ku masih lagi cuba bertahan untuk beberapa bulan lagi. Setiap

    perkara ku tempuhi. ku amati setiapnya. Begitu indah kehidupan sekiranya ku selami. ada

    gembira. ada duka, ada kecewa, ada ketenangan.

    Yang pastinya. aku tetap aku. Tiada siapa yang tahu apa yang ku mahu.


    Thursday, April 16, 2009

    Berapa lama Kita dikubur?

    Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet. Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya. Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965" "Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya... "Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya. "Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... " Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910" "Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?" Ayahnya tersenyum, "Lalu?" "Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya. Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek. Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata... Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun? ’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi? Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan? Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani. Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya... "Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."